Syarat-Syarat Untuk Menjadi MULA Mate

Jika anda memiliki kenderaan sendiri, jadilah MULA Mate dan memandu bersama kami dengan applikasi mudah alih yang memadankan pemandu dengan penumpang berhampiran. Aplikasi ini kini sudah beroperasi di PENANG, KEDAH, PERAK, KLANG VALLEY, NEGERI SEMBILAN, MELAKA dan JOHOR.

 

Syarat-Syarat Individu

  1. Rakyat Malaysia (IC Biru & Merah) 21 tahun ke atas
  2. Lesen Memandu Kompeten Malaysia (Lesen P tidak diterima)
  3. Minimum 2 tahun pengalaman / lesen memandu
  4. Wajib memiliki Lesen PSV
  5. Wajib menggunakan akaun bank peribadi mengikut NRIC pemandu

Syarat-Syarat Kenderaan Anda

  1. Kapasiti(cc): Minimum 1.0 liter, Sedan, SUV, MPV (“pickup truck” / 4X4 tidak diterima)
  2. Tempat duduk kereta: 4-10 tempat duduk
  3. Usia kereta: Dibuat pada tahun 2010 dan ke atas
  4. Insuran kenderaan yang sah dengan tambahan komponen e-hailing

**Lihat senarai kenderaan yang dibenarkan di sini

Syarat-Syarat Insuran

  1. Nota perlindungan insuran hendaklah mengandungi nama pemohon
  2. Dokumen ini hendaklah mengandungi butiran berikut:
  • Nama diinsuranskan (Nama penuh pemandu)
  • Model kereta dan nombor plat
  • Tahun pembuatan
  • Tempoh perlindungan (Tarikh Luput)
  • Tambahan komponen e-hailing

3. Nota perlindungan menyatakan “All / Any Drivers” tidak diterima

  • Jika dinyatakan “All/Any Drivers”, sila berikan kami salah satu dokumen di bawah yang menyatakan nama penuh seperti tertera pada IC adalah salah seorang pemandu yang diinsuranskan. Surat tulisan tangan TIDAK diterima

a) Pengesahan dari syarikat insuran

b) Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (ditandatangan)

Signup Now!