Syarat-Syarat Untuk Menjadi MULA Crew

Jika anda memiliki kenderaan sendiri, jadilah MULA Mate dan memandu bersama kami dengan applikasi mudah alih yang memadankan pemandu dengan penghantar yang memerlukan penghantaran segera secara efisien. Aplikasi ini kini sudah beroperasi di PENANG dan KLANG VALLEY sahaja.

 

Syarat-Syarat Individu

  1. Rakyat Malaysia (IC Biru) 18 tahun ke atas
  2. Lesen Memandu Kompeten Malaysia (Lesen P tidak diterima)
  3. Minimum 2 tahun pengalaman / lesen memandu
  4. Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  5. Wajib menggunakan akaun bank peribadi mengikut NRIC pemandu。

Rekod Latar Belakang yang Bersih

  1. Tiada rekod jenayah
  2. Tidak di senarai hitam oleh JPJ

Syarat-Syarat Kenderaan Anda

Syarat-Syarat Kereta

  1. “Pickup truck” / 4X4 diterima
  2. Lori dan van tidak dibenarkan
  3. Insurans kenderaan yang sah

Syarat-Syarat Motorsikal

  1. Jika bukan pemilik kenderaan, nota perlindungan insurans hendaklah mengandungi “ALL RIDER”
  2. Insurans motorsikal yang sah

Syarat-Syarat Insuran

  1. Nota perlindungan insuran hendaklah mengandungi nama pemohon
  2. Dokumen ini hendaklah mengandungi butiran berikut:
  • Nama diinsuranskan (Nama penuh pemandu)
  • Model kereta dan nombor plat
  • Tahun pembuatan
  • Tempoh perlindungan (Tarikh Luput)

3. Nota perlindungan menyatakan “All / Any Drivers” tidak diterima

  • Jika dinyatakan “All/Any Drivers”, sila berikan kami salah satu dokumen di bawah yang menyatakan nama penuh seperti tertera pada IC adalah salah seorang pemandu yang diinsuranskan. Surat tulisan tangan TIDAK diterima

a) Pengesahan dari syarikat insuran

b) Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (ditandatangan)

c) Surat kebenaran dari syarikat (Cop syarikat dan ditandatangan)

d) Perjanjian penyewaan (Cop syarikat dan ditandatangan)

Syarat-syarat untuk kekal sebagai Pemandu MULA Crew

  • Mengekalkan kadar penerimaan mingguan: 85%
  • Mengekalkan kadar pemandu mingguan di atas: 4.75
  • Kadar pembatalan di kekalkan di bawah:15%

**Semua keputusan yang dibuat oleh pengurusan MULA adalah muktamad

Signup Now!