Proses Pendaftaran Kenderaan dan Pemandu E-hailing

Langkah 1: Perkara yang boleh dilakukan buat masa sekarang

PSV

  • Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana sekolah memandu seperti yang disenaraikan di dalam pautan ini. Digalakkan untuk membuat semakan kekosongan dengan pihak sekolah memandu
  • Yuran maksima adalah RM200
  • Jalani pemeriksaan kesihatan di panel klinik yang berhampiran dengan lokasi anda. Klik di sini untuk senarai klinik panel. Anda boleh mendapatkan borang JPJL8A di klinik

Puspakom

  • Wajib bagi kenderaan 3 tahun dan ke atas
  • Pemeriksaan kenderaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan PUSPAKOM yang di senaraikan di sini
  • Yuran pemeriksaan adalah RM70
  • Semua kenderaan e-hailing mestilah dilengkapkan dengan pemadam api dan segi tiga kecemasan
  • Kit perubatan diperlukan bagi kenderaan melebihi 7 tempat duduk

Perkeso

  • Semua pemandu diwajibkan untuk mencarum skim PERKESO. Anda boleh mendapatkan semua maklumat dan pendataran dalam talian di pautan ini
  • Caruman boleh dilakukan secara bulanan serendah RM13.10 atau secara tahunan sebanyak RM157.70

Insuran

  • Semua pemilik kenderaan e-hailing diwajibkan menambahkan sokongan e-hailing di dalam polisi insuran sedia ada
  • Kos tambahan tertakluk kepada syarikat insurans

Langkah 2: Perlesenan @ JPJ(Jabatan Pengangkutan Jalan)

Pemandu

  • Pemandu boleh memohon lesen PSV e-hailing di JPJ setelah lulus ujian PSV. Ini tidak boleh dilakukan di UTC
  • Pemandu perlu mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang disahkan (JPJL8A) dari klinik panel

Kenderaan

  • Pemilik/Wakil kenderaan hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
  • JPJ K8 – Borang Pindaan/Pembetulan Kenderaan & Pemilik Berdaftar
  • JPJ EH1 – Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing
  • VR1 – Borang Kelulusan Puspakom (untuk kenderaan 3 tahun dan ke atas)
  • Bukti E-VP dari APAD melalui Aplikasi Pemandu MULA anda

Langkah 3: Pengendali E-hailing

MULA / EHO

  • Mengedar pelekat kenderaan e-hailing mengikut garis panduan JPJ. Pemandu perlu memaparkan pelekat di cermin kenderaan sewaktu beroperasi
  • Pemandu mestilah memiliki e-VP di dalam aplikasi ketika beroperasi dan perlu menunjukkan apabila diminta pegawai penguatkuasa (Aplikasi MULA)
  • 1 e-VP hanya sah untuk 1 kenderaan sahaja (maksimum 2 pemandu setiap kenderaan)