Insentif Time Booster

Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran rasmi Insentif Time Booster kami. Berkuatkuasa 9 September 2020, semua MULA di seluruh negara akan secara automatik akan berdaftar dalam program ini. Struktur Insentif Time Booster akan di kemas kini secara mingguan di lounge pemandu kami.

 

Bagaimana Ia Berfungsi

Insentif Time Booster ini dapat menjamin pendapatan minimum pada waktu sibuk dan imbuhan sewajarnya akan diberikan bagi pickup jauh. Kadar Insentif Time Booster adalah berbeza mengikut blok jam dan bergantung kepada keadaan lalu lintas (anggaran minit pick-up+anggaran minit perjalanan) untuk setiap tempahan yang lengkap.

Sistem kami akan menganggarkan berdasarkan keadaan lalu lintas, jika pendapatan setiap minit anda di bawah tahap Time Booster, bonus akan diberikan mengikut perbezaan pendapatan bersih anda.

 

Contoh:

Rakan pemandu MULA melengkapkan tempahan di dalam blok MW yang membolehkan pendapatan bersih beliau mencecah sehingga RM0.60 bagi setiap minit.

Nota Penting:

  1. Bonus anda akan di paparkan di kad kerja dan skrin dalam perjalalanan untuk setiap tempahan.
  2. Bonus akan dibayar secara serta merta ke dompet TUNAI anda setelah anda melengkapkan tempahan.
  3. Jumlah bonus adalah berdasarkan anggaran waktu pickup sistem dan tempoh perjalanan dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa dan selepas tempahan.
  4. Bonus Time Booster adalah berbeza mengikut masa dalam hari tersebut dan jenis perkhidmatan, anda boleh melayari pautan berikut setiap Ahad untuk jadual yang terbaru.

Anda boleh merujuk di bawah untuk jumlah Bonus Time Booster bagi setiap negeri/bandar.

Tempoh Insentif : 28 Sept – 4 Oct 2020
Pulau Pinang Kedah
Perak Lembah Klang
Melaka Seremban
Johor Bahru